Tuesday 27 November 2012

Pentadbiran Tanah Gerbang Transformasi Negara

Berikut adalah antara petikan berita dari Seminar Pentadbiran Tanah; Gerbang Transformasi Ekonomi Negara di Primula Beach Resort. 
Sistem pentadbiran tanah sentiasa mengalami proses evolusi selaras dengan tuntutan pengguna, peredaran masa sesuai dengan kepesatan teknologi dalam era globalisasi yang semakin berkembang sekarang. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, sistem penyampaian tidak akan berjaya seandainya cara kerja masih berada di takuk lama.
“Saya menyeru kepada penjawat awam di pejabat tanah seluruh negeri agar melakukan perubahan sikap dan cara kerja,” katanya pada teks ucapan .
 Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Ramlan Ali.
Hadir sama, Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan, Datuk Azemi Kasim; Timbalan Pengarah Tanah dan Galian Terengganu, Alias Nik dan dan Pengerusi Koperasi Pengurusan Tanah Malaysia Berhad, Datuk Yidris Abdullah.
Menteri Besar berkata, faktor utama yang akan menentukan kejayaan dalam melaksanakan transformasi ialah kesediaan penjawat awam mengubah minda dan cara bekerja iaitu berfikir dan bekerja di luar kotak kebiasaan.

“Arus globalisasi menjadikan pentadbiran tanah lebih terdedah kepada cabaran persaingan global dan menuntut kepekaan serta bersiap siaga dengan menyediakan perkhidmatan yang berprestasi tinggi dan kompetitif,” katanya.

*untuk info lebih lanjut sila klik di sini http://teganuku.blogspot.com/2011/10/pentadbiran-tanah-gerbang-transformasi.html

Peluang Pekerjaan Dalam Bidang Hartanah

Pada masa ini jurusan pengurusan hartanah peringkat sarjana muda (Degree) ditawarkan oleh UM, UTM, UiTM, dan UTHM dan juga oleh beberapa kolej swasta untuk peringkat Diploma.  Untuk lulusan Diploma, mungkin agak terhad bidang yang ingin diceburi kerana kelayakan yang ditetapkan oleh majikan melainkan kerjaya ejen hartanah.  Bagi lulusan peringkat Degree, terdapat 2 bidang yang sangat popular diceburi adalah dalam bidang Penilaian sebagai Eksekutif Penilaian dan juga dalam bidang Pengurusan Harta/Bangunan sebagai Eksekutif Bangunan/Pengurusan.  Selain itu, kami yang merupakan pelajar pentadbiran tanah juga  boleh menyertai bidang pembangunan hartanah bersama pemaju atau juga menyertai bidang agensi hartanah. Kami juga diiktiraf oleh 'Board Of Valuer' untuk menjadi seorang penilai hartanah.

Thursday 4 October 2012

~JANTUNG HATI KAMI..<3..~



Nama diberi CIK ROBIAH BINTI SURATMAN
FAKULTI GEOINFORMASI DAN HARTA TANAH tempat berkhidmat
JABATAN PENTADBIRAN TANAH menjadi pilihan
Menjadi PENSYARAH yang terhebat




~AYAHANDA TERCINTA~




Nama diberi PROF ISMAIL OMAR
Menjadi PENASIHAT AKADEMIK kami
Orangnya baik lagi peramah
Itulah dia kesayangan kami





















Wednesday 3 October 2012

PENTADBIRAN DAN PEMBANGUNAN TANAH

Pentadbiran dan Pembangunan Tanah merupakan salah satu kursus yang terdapat dalam pengajian peringkat Ijazah Sarjana Muda hingga ke peringkat tertinggi pengajian iaitu Doktor Falsafah.

Kursus ini memberikan pendedahan kepada mahasiswa dan mahasiswi mengenai pengenalan kepada tanah, pemilikan harta tanah, pengurusan harta tanah, penilaian harta tanah, undang-undang harta tanah, dan lain-lain.

Antara amali-amali yang dilakukan sepanjang pembelajaran kami.

Apa itu tanah?

Apabila kita bercakap tentang tanah pelbagai definisi yang dapat dihuraikan dan pelbagai  pandangan daripada ahli-ahli falsafah seperti Aristotle mendefinisikan  pegangan tanah merupakan hak individu secara perseorangan.Oleh yang demikian, pemilikan tanah adalah mustahak untuk kegiatan hidup manusia.

Manakala Plato pula berpendapat bahawa apa-apa sahaja yang bersifat kumpulan adalah lebih utama.Oleh yang demikian, beliau menyatakan hak yang boleh dikongsikan secara bersama adalah lebih penting untuk manusia.Secara umum kepentingan tanah secara pemilikan bersama lebih utama daripada pemilikan secara individu.

Menurut pandangan Islam pula, tanah merupakan pinjaman yang sementara dan bukan hak milik kekal. Oleh itu, harta dan tanah mestilah digunakan dengan sebaik-baiknya sebagai pinjaman yang mesti dipulangkan kepada pemilik hakiki iaitu Allah S.W.T.

Definisi Tanah Mengikut Seksyen 5 Kanun Tanah Negara


~Permukaan bumi dan semua benda yang menjadi permukaan bumi tersebut;
~Bumi di bawah permukaan bumi dan segala benda di dalamnya;
Segala tumbuh-tumbuhan dan lain-lain keluaran semulajadi, sama ada atau tidak memerlukan penggunaan buruh secara berkala untuk pengeluarannya, dan sama ada di atas atau di bawah permukaan bumi;
~ Segala benda yang bercantum kepada bumi atau yang terpasang dengan kekal kepada apa-apa benda yang bercantum kepada bumi, sama ada di atas atau di bawah permukaan bumi; dan
~Tanah yang dilitupi air.




Thursday 27 September 2012

Tak Kenal Maka Tak Cinta..=)

Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia
Harap anda semua sentiasa sihat dan  bahagia bersama orang yang tersayang..=)..
Pada hari ini kami diberikan tugas untuk membuat blog oleh dua orang senior yang sangat comel..=)..iaitu Kak Wawa dan Kak Farah..
Kami terdiri daripada 3 orang ahli kumpulan yang merupakan 2 orang anak jati Johor dan seorang anak jati Pahang iaitu Noor 'Aqilah Astar ( Aqilah Astar) , Zawieyah Binti Rasul (Zawieyah Rasul) , Nurmufidah Abdul Latif (fidah latif)