Tuesday 27 November 2012

Pentadbiran Tanah Gerbang Transformasi Negara

Berikut adalah antara petikan berita dari Seminar Pentadbiran Tanah; Gerbang Transformasi Ekonomi Negara di Primula Beach Resort. 
Sistem pentadbiran tanah sentiasa mengalami proses evolusi selaras dengan tuntutan pengguna, peredaran masa sesuai dengan kepesatan teknologi dalam era globalisasi yang semakin berkembang sekarang. Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata, sistem penyampaian tidak akan berjaya seandainya cara kerja masih berada di takuk lama.
“Saya menyeru kepada penjawat awam di pejabat tanah seluruh negeri agar melakukan perubahan sikap dan cara kerja,” katanya pada teks ucapan .
 Teks ucapan beliau dibacakan oleh Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan negeri, Ramlan Ali.
Hadir sama, Ketua Pengarah Tanah dan Galian Persekutuan, Datuk Azemi Kasim; Timbalan Pengarah Tanah dan Galian Terengganu, Alias Nik dan dan Pengerusi Koperasi Pengurusan Tanah Malaysia Berhad, Datuk Yidris Abdullah.
Menteri Besar berkata, faktor utama yang akan menentukan kejayaan dalam melaksanakan transformasi ialah kesediaan penjawat awam mengubah minda dan cara bekerja iaitu berfikir dan bekerja di luar kotak kebiasaan.

“Arus globalisasi menjadikan pentadbiran tanah lebih terdedah kepada cabaran persaingan global dan menuntut kepekaan serta bersiap siaga dengan menyediakan perkhidmatan yang berprestasi tinggi dan kompetitif,” katanya.

*untuk info lebih lanjut sila klik di sini http://teganuku.blogspot.com/2011/10/pentadbiran-tanah-gerbang-transformasi.html

Peluang Pekerjaan Dalam Bidang Hartanah

Pada masa ini jurusan pengurusan hartanah peringkat sarjana muda (Degree) ditawarkan oleh UM, UTM, UiTM, dan UTHM dan juga oleh beberapa kolej swasta untuk peringkat Diploma.  Untuk lulusan Diploma, mungkin agak terhad bidang yang ingin diceburi kerana kelayakan yang ditetapkan oleh majikan melainkan kerjaya ejen hartanah.  Bagi lulusan peringkat Degree, terdapat 2 bidang yang sangat popular diceburi adalah dalam bidang Penilaian sebagai Eksekutif Penilaian dan juga dalam bidang Pengurusan Harta/Bangunan sebagai Eksekutif Bangunan/Pengurusan.  Selain itu, kami yang merupakan pelajar pentadbiran tanah juga  boleh menyertai bidang pembangunan hartanah bersama pemaju atau juga menyertai bidang agensi hartanah. Kami juga diiktiraf oleh 'Board Of Valuer' untuk menjadi seorang penilai hartanah.